Al’Ard Far East Sdn Bhd sedang membuka peluang kepada semua yang ingin bersama-sama berjihad meningkatkan tahap ekonomi Palestin serta diri sendiri. Sesuai dengan hashtag yang kami bawakan iaitu #BantuDiriBantuPalestine.
Margin Keuntungan Sehingga 40%.
Produk Berkualiti Tinggi, dijamin 100% Original dari Palestin.
Produk “Evergreen” mendapat Permintaan dan Repeat Order yang tinggi.
Produk Bertaraf Antarabangsa ini telah berada di lebih 35 buah negara.
Kami adalah syarikat generasi ketiga yang dikendalikan oleh keluarga yang bersemangat untuk membuat makanan artisan Palestin terbaik untuk diletakkan di atas meja makan anda.
Ziad Anabtawi memulakan Al’Ard pada 2008 untuk menyokong petani Palestin yang kurang bernasib baik yang bergelut untuk menjual minyak zaitun mereka pada harga pasaran yang berpatutan dengan menyediakan kemudahan terkini dan membantu mereka mencapai pasaran global baharu.
Alard Far East Sdn Bhd yang berpusat di Seksyen 13, Shah Alam merupakan sebuah anak syarikat pertama Al’Ard yang berada di luar negara Palestin. Tahun ini merupakan tahun ke-10 jenama Al’Ard berada di pasaran Malaysia.
Kami memberi tumpuan kepada memperkasa, menyokong dan menggalakkan para petani Palestin dalam menghasilkan produk premium berkualiti tinggi yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
Akibat pendudukan dan juga rampasan tanah oleh Israel sejak lebih 70 tahun yang lalu. Keluasan tanah yang diduduki oleh rakyat Palestin semakin hari semakin mengecil . Yang tinggal hari ini hanyalah Palestin yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gaza dan Tebing Barat . Jarak antara Gaza dan Tebing Barat bukannya dekat iaitu kira-kira 100 kilometer atau lebih tepatnya 93.2 km. Perang yang kita sedang lihat sekarang ni berlaku di kawasan Gaza. Serangan Israel yang bermula di Bandar Gaza dan hari ini sudah merebak ke kawasan Rafah.
Dalam masa sama, serangan turut berlaku di Tebing Barat iaitu di Bandar Jenin.Walaupun serangannya tidak sehebat di Gaza namun ia masih berlaku. Jarak Bandar Jenin ini tidak jauh dari kawasan operasi kilang kami di Nablus. Hanya satu jam sahaja perjalanan. Akibat serangan di Jenin, operasi kami menghadapi gangguan. Jalan-jalan rosak dan pekerja-pekerja kami sukar untuk datang ke tempat kerja. Di Tebing Barat inilah terletaknya kebun-kebun zaitun yang luasnya sejauh mata memandang.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kami tetap meneruskan operasi kilang kerana ia adalah nadi kehidupan kepada masyarakat Palestin. Sekiranya kilang ditutup macam mana pekebun-pekebun nak pastikan hasil kebun mereka akan dibeli? Bagaimana pula dengan nasib pekerja-pekerja di kilang? Bagaimana pula nasib mereka yang menyediakan perkhidmatan logisitik dan pengangkutan menghantar minyak zaitun ke pelabuhan di Jordan bagi tujuan eksport ke seluruh dunia?
Inilah cara Al’Ard berfikir. Kami meletakkan kepentingan komuniti sebagai perkara paling utama berbanding perkara-perkara lain. Jika itu kisah kami di Palestin, bagaimana pula dengan kisah kami di Malaysia? Apabila kilang sudah sediakan produk minyak zaitun berkualiti dunia, pasti kami perlukan usahawan yang sudi berjuang bersama kami mengedarkan minyak zaitun Al’ard di sini. Kami sudah bertapak di Malaysia sejak 10 tahun lalu dan hari ini kami ingin menjalankan gerak kerja besar-besaran bagi penghantaran dana bernilai RM 3 juta ke Palestin.
Minyak zaitun dan produk keluaran Al’Ard merupakan hasil usaha pengusaha, pekerja kilang serta lebih 2500 keluarga petani di Palestin.
Lokasi ibu pejabat dan kilang Al'Ard di Palestin terletak di
Al'Ard Palestinian Agri-Products Ltd,
Industrial Zone St, Beit Iba, Nablus, Palestin.
Jenama Al’Ard Kini Berada Di lebih 35 Buah Negara
Minyak Zaitun Al’Ard mendapat pengiktirafan organik :
EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (JAPANESE AGRICULTURE STANDARD).
Dan syarikat pengeluar Alard Palestinian Agri Products juga memiliki pengiktirafan ISO – 22000, FAIRTRADE & HALAL PALESTINE.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk minyak zaitun yang dihasilkan ini adalah berkualiti tinggi serta mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan.
Minyak Zaitun Al’Ard mendapat pengiktirafan organik :
EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (JAPANESE AGRICULTURE STANDARD).
Dan syarikat pengeluar Alard Palestinian Agri Products juga memiliki pengiktirafan ISO – 22000, FAIRTRADE & HALAL PALESTINE.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk minyak zaitun yang dihasilkan ini adalah berkualiti tinggi serta mematuhi standard dan piawaian yang telah ditetapkan.
Produk Minyak Zaitun Al’Ard juga telah melalui pelbagai ujian di makmal milik Kementerian Pertanian Palestine serta mempunyai 3 sijil CoA, Certificate of Analysis dari Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory dan IOC Certified Laboratory serta sijil CoO, Certificate of Origin dari Palestinian Ministry of National Economy.
Palestin merupakan tempat lahirnya pokok zaitun di dunia. Sebagai bukti, pokok Zaitun yang tertua dan terbesar di Palestin berada di bandar Bethlehem. Umur pokok Zaitun ini danggarkan kira-kira 5,500 tahun dan saiznya meliputi lebih daripada 250-meter persegi.
Menurut kajian yang telah dijalankan, lebih tua usia pokok zaitun, lebih tinggi khasiat yang dapat diserap dari tanah. Rata-rata usia pokok zaitun di Palestin berusia ratusan tahun dan penanaman anak pokok turut dijalankan supaya generasi akan datang dapat menikmati minyak zaitun yang mempunyai kandungan khasiat antioksidan yang tinggi.
Untuk menghasilkan minyak zaitun yang terbaik dan mempunyai kandungan khasiat antioksidan yang tinggi, Al’Ard telah memilih jenis buah zaitun dari pokok jenis Roomy, Souri dan Nabali yang berusia lebih 250 tahun dan membeli daripada lebih 2500 keluarga petani di Tebing Barat, Palestin.
International Olive Council (IOC) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1959 dan berpangkalan di Madrid, Sepanyol. Matlamat utama IOC adalah untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara ahli dalam bidang penyelidikan, teknologi, standardisasi, dan promosi minyak zaitun serta produk olahan yang lain.
Pengiktirafan Palestin sebagai Ahli Berdaftar International Olive Council (IOC) adalah langkah penting dalam memperjuangkan kualiti dan pengiktirafan produk minyak zaitun mereka di peringkat antarabangsa. Dengan menjadi ahli IOC, Palestin dapat mematuhi standard yang ditetapkan oleh pertubuhan ini, serta memperoleh sokongan dan sokongan diplomatik dari negara-negara lain yang menjadi ahli IOC.
Keanggotaan Palestin dalam IOC juga memberikan peluang kepada petani zaitun Palestin untuk mengakses pasaran antarabangsa seperti Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Malaysia, dan Jepun. Ini memberi mereka peluang untuk memperluas perniagaan mereka dan meningkatkan pendapatan mereka melalui eksport produk minyak zaitun.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Minyak Zaitun Al’Ard adalah yang terbaik :
Jepun dan Australia merupakan negara yang ketat dalam pengawasan import minyak zaitun dan produk pertanian lainnya. Mereka mempunyai piawaian yang ketat dalam penentuan kualiti dan keselamatan makanan, serta memastikan produk yang diimport mematuhi standard yang ditetapkan.
Di Jepun, badan-badan pemerintah seperti Kementerian Kesihatan, Buruh, dan Kesejahteraan secara aktif memantau import makanan dan minyak zaitun untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk. Mereka juga mungkin menetapkan keperluan khas atau piawaian tertentu yang perlu dipatuhi oleh pengeluar dan pengeksport.
Sementara itu, Australia juga mempunyai piawaian yang ketat dalam hal keselamatan makanan dan piawaian kualiti untuk produk makanan yang diimport. Badan seperti Standards Australia dan badan pemerintah seperti Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) memastikan bahawa produk makanan yang diimport mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.
Kini, minyak zaitun Al’Ard terus mendapat permintaan di kedua-dua buah negara ini kerana kualitinya yang bagus serta mematuhi semua piawaian yang telah ditetapkan.
SHAH ALAM, 8 Dis (AL ARD) – Kempen ‘Palestin Di Setiap Rumah’ dilancarkan hari ini untuk memperkenalkan produk asli dari Palestin di Malaysia dalam usaha mengelakkan pembeli dari tertipu dengan penjualan produk palsu kononnya datang dari negara itu di pasaran serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Palestin dan juga Malaysia.
Setelah 10 tahun jenama Al’Ard berada di pasaran Malaysia, kini Alard Far East Sdn Bhd sedang membuka peluang kepada semua yang ingin bersama-sama berjihad meningkatkan tahap ekonomi Palestin serta diri sendiri.
Margin Keuntungan Sehingga 40%.
Produk Berkualiti Tinggi, dijamin 100% Original dari Palestin.
Produk “Evergreen” mendapat Permintaan dan Repeat Order yang tinggi.
Produk Bertaraf Antarabangsa ini telah berada di lebih 35 buah negara.
Sila klik butang di bawah untuk Pendaftaran atau Sebarang Pertanyaan.
Hotline 1
Hotline 2